Menghidap penyakit Cerebral Palsy sejak bayi, masih terlantar hingga kini

Sabtu lepas, Tim YM telah menziarahi adik Fir Anas, merupakan seorang penghidap penyakit Cerebral Palsy sejak bayi lagi. Sehingga kini berumur 7 tahun, dia masih dalam keadaan terlantar dan tidak dapat menggerakkan anggota badannya apatah lagi hendak berkata-kata seperti kanak-kanak biasa. Cekalnya seorang ibu setia menjaga dan memberi makan minum kepada anaknya melalui tiub yang dipasang pada perutnya.

Ibu kepada adik Fir Anas hanya mampu meluahkan cabaran menjaganya kerana memerlukan kos yang tinggi untuk menyediakan peralatan dan ubat-ubatan keperluan adik Fir Anas seumur hidup dalam keadaan pendapatan mereka yang tidak seberapa.

Alhamdulillah, Tim YM telah menyerahkan bantuan sumbangan kepada adik Fir Anas seperti lampin, tiub perut dan alat-alat perubatan yang lain. Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga adik Fir Anas.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial