logoYM2022_melintang.png

Mangsa Banjir terus meningkat ! Jom sertai sukarelawan kali ini!

Mangsa Banjir terus meningkat ! Jom sertai sukarelawan kali ini!

Dengan keadaan banjir yang semakin meningkat dari hari ke hari, Yayasan Maghfirah kini dalam memperamai ahli Skuad Kita Bantu.

Minggu ini kita dikejutkan dengan hujan lebat berterusan di beberapa negeri. Antara negeri yang kini sangat terjejas ialah Kelantan dan Terengganu. Namun begitu, jumlah bagi negeri lain seperti Johor, Pahang, dan Perak terus meningkat. Jumlah mangsa yang dicatatkan setakat jam ini ialah 2751 iaitu melibatkan 837 jumlah keluarga.

Dengan keadaan yang tidak menentu ini, pakar juga ada menjangka hujan lebat berterusan ini mungkin mencapai 3 hari lagi.

Oleh itu, Yayasan Maghfirah kini giat meramaikan sukarelawan Skuad Kita Bantu(SKB). Ini sebagai persiapan dalam sebarang kemungkinan yang akan terjadi bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Antara fungsi Skuad Kita bantu ini adalah untuk membantu mengagihkan bantuan makanan siap masak(Maghfirah Meal), membersihkan Kawasan yang terjejas, santuni mangsa, dan sebagainya.

Sebagai tanda sokongan, anda boleh membantu mengikut keupayaan sama ada dari segi tenaga dengan menyertai Skuad Kita Bantu. Anda juga boleh menyumbang untuk makanan siap masak(Maghfirah Meal), ini bagi memastikan mangsa-mangsa dapat bekalan makanan berat yang mencukupi dan secara panas. Anda juga boleh membantu dari segi kewangan untuk sebarang urusan bantuan semasa bencana.

Setiap usaha anda sangat bermakna buat mereka

JOM USAHA BUAT MEREKA

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial