logoYM2022_melintang.png

mangsa banjir masih belum boleh pulang ekoran hujan tak menentu

mangsa banjir masih belum boleh pulang ekoran hujan tak menentu

14 November 2022 – Yayasan Maghfirah bersama Skuad Kita Bantu telah memulakan agihan bantuan awal ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara sekitar Selangor. Pusat-pusat yang terlibat adalah di sekitar Kuala Selangor yang menempatkan mangsa-mangsa banjir. Mangsa-mangsa yang terlibat telah menerima bantuan berbentuk Pek Maghfirah Meal dan juga Set Kebersihan Diri. Agihan ini dibuat atas inisiatif Yayasan Maghfirah bagi meringankan beban serta memudahkan mangsa-mangsa untuk mendapatkan bekalan makan ketika dalam keadaan serba kekurangan berikutan banjir yang menimpa.

Walaupun keadaan air banjir telah mulai surut, namun mangsa – mangsa banjir masih belum dibenarkan untuk pulang kerana dikhuatiri paras air kembali meningkat semula ekoran daripada keadaan hujan yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Sebagai tanda menyokong dan membantu, anda boleh menyumbang dengan klik button di bawah

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial