logoYM2022_melintang.png

"Makcik teringin nak makan ayam dan ikan"

"Makcik teringin nak makan ayam dan ikan"

Puan Aminah seorang ibu tunggal dan tinggal bersama seorang cucu. Beliau telah Diberhentikan kerja kerana kilang yang sedang dia bekerja telah disahkan bankrap pada 20/10/2022. Meskipun begitu, beliau tidak mendapat apa-apa pampasan selepas diberhentikan. Beliau
tidak pernah mendapat mana-mana bantuan kerajaan mahupun NGO sebelum ini.
Dengan keadaan usia yang menakin bertambah, beliau kini hanya mengharapkan bantuan daripada adik-beradik. Selepas diberhentikan kerja, beliau ada memohon kerja di tempat yang lain tetapi satupun tidak menerima disebabkan faktor usia (60 tahun). beliau ada menghidap penyakit kencing manis.

Bantuan:
1. Ayam segar
2. Ikan Kembung
3. Beras
4. Barang asas kering

Bantuan yang diberikan ini merupakan hasil sumbangan tuan puan melalui Kempen Jiwa Peduli. Diharapkan lebih ramai yang mendapat manfaat dari kempen ini. Untuk anda yang ingin menyumbang, anda boleh klik link di bawah. Setiap sumbangan anda mengukir senyuman buat yang menerima.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial