logoYM2022_melintang.png

“makcik tak pernah sangka teruk macam ni, sebab tak pernah berlaku”

“makcik tak pernah sangka teruk macam ni, sebab tak pernah berlaku”

Mangsa banjir sebak apabila kehilangan perabut, barangan,kebun, dan banyak lagi setelah air dimasuki buatkali pertama di Sungai Sireh, Tanjung Karang.

17 November 2022 – Alhamdulillah. Selesai pembersihan di rumah salah seorang mangsa banjir di Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor. Ini merupakan kali pertama kawasan ini alami banjir setelah berpuluh-puluh tahun didiami. Disebabkan itu, ramai dari mereka tidak sempat bertindak lebih awal mengalihkan barangan terutama barangan elektronik.

“nasib baik la korang datang, kalau tak macam mana makcik nak buat semua ni”. Makcik Ida(bukan nama sebeenar) yang juga kini hanya menanam ubi sebagai sumber utama harian terpaksa menerima kenyataan apabila kebunnya juga terjejas. Ini menyebabkan dalam 2, 3 bulan ini makcik ida tidak akan mendapatkan apa-apa hasil dari tanamannya.

Rumahnya juga banyak terjejas apabila hampir semua perabut perlu dibuang kerana kembang dimakan air banjir. Kain-kain yang disimpan lama juga perlu dibuang apabila semuanya telah berbau. 

Oleh itu, Skuad Kita Bantu(SKB) Yayasan maghfirah turun dalam membantu membersihkan rumah makcik ida. Semua barangan dikeluarkan bagi tujuan pembersihan. Ahli SKB mengakui sesi pembersihan ini memang tidak boleh dilakukan sendirian. hairan andai Makcik Ida nak alihkan perabut-perabut sekiranya tiada sukarelawan yang membantu. 

Selain daripada tenaga pembersihan, Yayasan maghfirah juga ada memberi makanan berbentuk Pek Maghfirah Meal. 

Ini merupakan satu usaha Yayasan Maghfirah dalam membantu meringankan beban mangsa banjir.Anda boleh juga membantu dengan menjadi sebahagian dari Skuad Kita Bantu, Anda juga boleh memberi usaha anda dengan cara menyumbang kepada kempen Tabung Kecemasan Bencana Yayasan Maghfirah

JOM USAHA BUAT MEREKA

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial