logoYM2022_melintang.png

MAJLIS AMAL MAGHFIRAH

KAJANG, SELASA – Majlis Amal Maghfirah yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor pada tanggal 16 April 2022 (Sabtu) bersamaan 14 Ramadan telah mendapat sambutan yang cukup meriah dan dijayakan dengan sempurna oleh Yayasan Maghfirah.

 

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran golongan yang memerlukan seperti keluarga asnaf, golongan OKU, anak-anak yatim dan pelajar-pelajar tahfiz.Tidak dilupakan juga, kehadiran para tetamu yang membeli tiket untuk hadir bersama-sama.Hampir 300 anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan para asnaf yang telah menerima bantuan ketika Majlis.Tetapi dana masih belum mencukupi untuk menghulur bantuan kepada 40,000 asnaf Ramadan ini. 

 

Baki hanya tinggal 13 Ramadan sahaja lagi. Dengan tempoh yang agak singkat ini, kita masih berpeluang untuk terus memberi sumbangan walau sedikit kepada golongan yang memerlukan.

 

“Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha luas lagi Maha Mengetahui.”

(Al-Baqarah 2: 261)

 

Bulan suci Ramadan adalah antara masa yang terbaik untuk kita sama-sama menanam amalan soleh kerana setiap kebaikan yang dilakukan akan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah SWT.

 

Sumbangan anda sinar buat mereka. Jom kongsi rezeki bersama-sama!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita Berkaitan

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial