logoYM2022_melintang.png

MAGHFIRAH MEAL KINI BERWAJAH BAHARU

MAGHFIRAH MEAL KINI BERWAJAH BAHARU

Maghfirah Meal kini dilengkapi dengan warmer.  Perkara ini memudahkan mangsa-mangsa bencana dan kecemasan kerana tidak memerlukan sebarang peralatan. Selain itu, pembungkusan Maghfirah Meal telah direka khas juga mampu bertahan ketika proses pemanasan.

Alhamdulillah, akhirnya Maghfirah Meal kini telah diperbaharui dengan melalui penyelidikan dan pembangunan supaya akan terus menjadi keutamaan bantuan pada waktu bencana banjir & kecemasan seperti masa kini.

Maghfirah Meal ialah makanan siap dimasak yang boleh dimakan terus tanpa perlu dipanaskan dan mempunyai ketahanan jangka hayat selama 2 tahun yang menggunakan teknik pembungkusan secara retord.

Maghfirah Meal kini telah dilengkapi dengan warmer, penerima boleh memanaskan makanan ini dengan suhu yang tinggi dalam tempoh 10 minit sahaja tanpa perlu menggunakan api atau sebarang peralatan. Selepas 10 minit, Maghfirah Meal boleh dinikmati secara panas. Perkara ini memudahkan mangsa-mangsa bencana dan kecemasan kerana tidak memerlukan sebarang peralatan. Selain itu, pembungkusan Maghfirah Meal telah direka khas juga mampu bertahan ketika proses pemanasan.

Ini merupakan langkah persediaan Yayasan Maghfirah (YM) bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana & kecemasan pada akhir tahun ini. Untuk makluman, team YM telah mengagihkan sebanyak 3000 Maghfirah Meal secara percuma kepada mangsa-mangsa bencana banjir pada akhir tahun lepas. Terima Kasih para penaja dan penyumbang Yayasan Maghfirah.

Jom bersama Yayasan Maghfirah (YM) membantu mangsa-mangsa bencana terutamanya pada musim banjir ini melalui pek infaq Maghfirah Meal. Kami akan mengagihkan Maghfirah Meal kepada mangsa-mangsa bencana yang memerlukan di Seluruh Malaysia.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial