logoYM2022_melintang.png

Kerjasama Bersama BADIM UDA Holding Berhad

Kerjasama Bersama BADIM UDA Holding Berhad

(Khamis 12 Jan 2023)

YM berbesar hati menerima pelawaan daripada pihak Badan Didikan Dakwah Islam (BADIM) UDA Holding Berhad bagi membincangkan kerjasama berkaitan pembangunan OKU Penglihatan. Statistik mencatatkan bahawa sejumlah 54,955 OKU Penglihatan di seluruh Malaysia yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Walaupun jumlahnya kelihatan kecil, namun mereka juga berhak mendapatkan akses pendidikan terutamanya pendidikan Al-Quran. Oleh itu, BADIM UDA Holding Berhad melihat bahawa usaha memperkasakan golongan OKU Penglihatan terutamanya yang beragama Islam perlu terus diperkukuhkan.

YM dengan kerjasama PERTIS sudah pun menjalankan usaha sama dalam melaksanakan kelas Al-Quran Braille dan juga infaq Al-Quran Braille selama beberapa tahun sehingga kini. Tn Hj Mohd Isa, YDP BADIM memaklumkan bahawa usaha memartabatkan Al-Quran perlu terus dijalankan walaupun sudah ada ramai pihak yang melakukannya kerana Al-Quran merupakan pedoman sepanjang zaman dan perlu dihayati oleh semua umat Islam.

YM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak BADIM UDA Holding Berhad atas kepercayaan dalam melaksanakan bantuan bagi OKU Penglihatan. Semoga kerjasama ini akan mengeratkan lagi tali silaturrahim dan memberikan manfaat yang banyak buat ummah.

#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda

Untuk Sumbangan, Anda boleh klik “Sumbang” di bawah. Sebarang pertanyaan, boleh diajukan pada pegawai kami dengan nombor 011 4008 2423(Pn Atikah)

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial