logoYM2022_melintang.png

KEPALA DI SKRU UNTUK TAMPUNG TENGKUK YANG PATAH? ALLAHUROBBI…

Jumaat hari yang mulia bagi seluruh umat Islam. Usai sahaja menunaikan solat Jumaat, tim YM bergerak memberikan bantuan perubatan kepada Puan Noraini dan suaminya.

Untuk pengetahuan, puan noraini dan suaminya telah mengalami kemalangan. Akibat kemalangan tersebut, suami puan noraini telah mengalami kecederaan pada bahagian tengkuk. Sehingga terpaksa memakai alat sokongan seperti yang tertera pada gambar di atas.

Manakala puan noraini pulak mengalami kecederaan pada bahagian tulang belakang yang menyebabkan dirinya terpaksa memakai alat sokongan kerana tulang belakangnya patah.

Puan noraini lebih banyak berbaring di atas katil berbanding duduk di kerusi kerana keadaan semasanya hanya boleh duduk sekejap sahaja.

Sebelum ini, tim YM telah datang ke rumahnya untuk menziarahi mereka dan melihat sendiri keadaan semasa mereka.

Untuk hari ini, tim YM telah menyalurkan bantuan awal kepada mereka iaitu dengan membekalkan ubat-ubatan yang diperlukan dan susu formula untuk keperluan harian mereka.

Masih banyak lagi keperluan harian perubatan yang diperlukan oleh mereka. Tambahan pula, pendapatan bulanan mereka terhenti disebabkan suami puan noraini belum boleh bekerja lagi.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial