Negeri Sembilan – Pada 3 hingga 5 Januari 2025 telah berlangsung “Kem Tahfiz Maghfirah Junior” di Maahad Tahfiz Al-Maghfirah (MATAM) Lenggeng, Negeri Sembilan.
Di dalam kem ini, peserta akan mempelajari teknik hafazan Al-Quran dengan cara yang berkesan bersama adik-adik MATAM kita.
Diharap peserta yang menghadiri kem ini, dapat mempelajari sesuatu yang baru serta menjadikan pengalaman bersama adik-adik tahfiz ini sebagai pembakar semangat untuk mendalami ilmu Al-Quran dan juga menjadi seorang hafiz.
Hari ke-2 pula berjalan dengan lancar dan dimulakan seawal jam 5 pagi lagi. Peserta kem yang dibantu oleh para pelajar Maahad Tahfiz Al-Maghfirah hari ini menjalani rutin seperti:
- Tahajud
- Hafazan Wajibat
- Slot teknik hafazan
- Kelas Akademik
- Slot riadah dan macam-macam lagi
Semoga peserta dan pelajar-pelajar MATAM mendapat pengalaman yang bermanfaat bagi sesi hari ke2 ini.
Menariknya lagi, peserta dibantu sendiri oleh para pelajar Maahad Tahfiz Al-Maghfirah sepanjang menjalani rutin harian mereka di sini. Hari ini, peserta didedahkan dengan Halaqah Hafazan Al-Quran dan juga slot bersama ibu bapa.
Kem TMJ ini akan diteruskan lagi bagi Siri yang kedua pada 10-12 Januari ini. Bagi Ibu ayah yang mahu mendaftarkan anak-anak bolehlah
Klik di sini untuk mendaftar:
https://forms.gle/RER9ED7bozon9NQb7
Maklumat lanjut, hubungi: