logoYM2022_melintang.png

Kelas SAQ di Puskom YM kini mencapai 53 orang penyertaan, YM sasar 100 pelajar sebelum tahun 2024

Saban hari Pusat Komuniti YM menerima permohonan daripada ibu bapa yang prihatin untuk mendaftarkan anak-anak mereka di Kelas Sahabat Al-Quran (SAQ) anjuran Yayasan Maghfirah.

Ruangan yang dahulunya hanya memuatkan belasan orang pelajar, kini dilimpahi puluhan orang pelajar. Kini, YM menyasarkan untuk menerima 100 orang pelajar dalam kelas SAQ sehingga punghujung tahun ini.

Kelas Sahabat Al-Quran ini mempunyai 17 cawangan iaitu 2 di Sabah, 2 di Kajang, dan selebihnya di Kuala Lumpur. YM kini bercadang untuk memperluaskan lagi idea ini di seluruh negeri-negeri di Malaysia supaya usaha ini dapat di rasai oleh semua.

Kelas SAQ ini dijalankan bagi menyediakan pendidikan Al-Quran secara percuma kepada kanak-kanak 6 tahun hingga 13 tahun. InshaAllah dengan usaha yang berterusan, YM juga akan membuka kelas pembangunan remaja iaitu usia 14 tahun hingga 20 tahun. Ini memastikan golongan remaja ini merupakan insan yang lebih cekap, disiplin, dan bermotivasi.

Untuk pengetahuan anda juga, guru-guru SAQ ini merupakan guru terpilih dan terbina oleh khusus-khusus di YM. Guru-guru ini juga akan diajar pelbagai modul pengajian Al-Quran terutama untuk pembinaan insan di awal usia.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial