logoYM2022_melintang.png

Kelantan, Terengganu harus Waspada -MetMalaysia

Kelantan, Terengganu harus Waspada -MetMalaysia

Terkini! Amaran hujan lebat berterusan (Bahaya) akan melanda Kelantan
dan Terengganu. Info lain melaporkan hujan lebat berterusan(Buruk) juga berlaku di beberapa lokasi di Perak dan Pahang -JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

9 Disember 2022 – Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, Hujan lebat berterusan(Bahaya) akan melanda Kelantan dan Terengganu. Tempat yang terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Manakala di Terengganu ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang. Hujan ini dijangka berakhir pada Sabtu, 10 Disember 2022.

Selain itu, Hujan lebat berterusan(buruk) akan melanda beberapa lokasi di Kelantan, Terengganu, Perak, dan Pahang. Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Dungun dan Kemaman), dan Pahang (Jerantut dan Kuantan)

Yayasan Maghfirah kini bersedia Bersama Skuad Kita Bantu bagi mempersiap sebarang kemungkinan bagi membantu mana-mana lokasi yang terjejas.

Sebagai persiapan, anda boleh menjadi sebahagian daripada Skuad Kita Bantu bagi membantu mangsa-mangsa bencana di seluruh Malaysia. Selain itu, anda juga boleh menyumbang di Kempen Tabung Kecemasan Bencana dan pembelian Maghfirah meal.

Bantuan anda sangat bermakna bagi setiap yang menerima.

JOM USAHA BUAT MEREKA

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial