siapa kami

Kanak-kanak 2 tahun hadapi kanser Acute Leukemia dapat perhatian YM

Nur Raisya, 2 tahun telah didiagnosis menghadapi kanser “Acute Leukemia” sehingga perlu dipindahkan daripada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh ke Hospital Pakar Kanak-Kanak, UKM bagi mendapatkan rawatan di sana.

Memandangkan Nur Raisya masih kanak-kanak, maka HPKK, UKM adalah hospital yang sesuai untuk mendapatkan rawatan. Rawatan yang perlu dijalani oleh Nur Raisya adalah “Nuclear medicine – Kidney Scans (Renal Scans). Perkara ini telah mendapat perhatian daripada pihak YM untuk membantu menampung kos rawatan tersebut.

Untuk makluman, Nur Raisya juga salah seorang pesakit yang telah dibantu hasil kerjasama di antara pihak YM bersama pihak Kebajikan Sosial HPKK, UKM. Alhamdulillah, dengan sumbangan daripada Tuan/Puan, pihak YM telah menyalurkan bantuan tersebut kepada Nur Raisya. Semoga dengan bantuan tersebut, dapat meringankan beban mereka.

#SedekahYM.com
#Sedekah
#RaikanRamadan
#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda
#YM

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!