logoYM2022_melintang.png

Jom FUTSAL di PUSKOM DAY 2023!!

Pada 19 OGOS 2023(Sabtu) ini, PUSKOM YM mengajak anda semua untuk turut sama memeriahkan PUSKOM DAY 2023 anjuran Pusat Komuniti Yayasan Maghfirah.

Pada masa akan datang, pelbagai lagi program yang telah diatur oleh Puskom bagi melestarikan Komuniti bagi membentuk ummah yang saling mengenali dan melindungi. 

melalui futsal komuniti, masyarakat dapat peluang untuk membina hubungan sosial yang kuat bersama komuniti bagi berkongsi minat yang sama dalam sukan ini. Selain itu, dalam komuniti futsal, para peserta dapat belajar nilai-nilai seperti kerjasama, disiplin, dan semangat berpasukan melalui latihan dan pertandingan.

Seterusnya, menyertai futsal komuniti juga membantu mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat di kalangan anggota masyarakat. Penglibatan dalam komuniti ini boleh membuka peluang untuk menyertai kejohanan atau pertandingan futsal yang lebih besar, menjadikan pengalaman menyeronokkan dan bermakna buat masyarakat.

Melalui program ini juga, masyarakat boleh membina rangkaian sosial yang luas dan saling memberi sokongan dalam pelbagai aspek kehidupan. beraktiviti dalam komuniti membolehkan individu berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran dengan satu sama lain. Ini membuka peluang untuk pembelajaran dan pertukaran idea yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Tidak lupa juga, Penglibatan dalam aktiviti komuniti seperti ini dapat meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap komuniti tempatan dan masyarakat secara keseluruhannya. Ini dapat mendorong individu untuk menjadi warganegara yang lebih aktif, peka terhadap isu-isu sosial, dan memberi sumbangan positif kepada kemajuan komuniti.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial