logoYM2022_melintang.png

Jom Bantu Mahasiswa Kita di Mesir

Bila sebut sahaja mahasiswa Malaysia di Mesir, pasti ramai yang terfikir tentang lulusan Al-Azhar, hafiz Quran & pakar hadis. Namun, berapa ramai yang sedar bahawa terdapat banyak kekangan yang dihadapi anak-anak pelajar di Mesir. Perubahan dasar kerajaan Mesir pada tahun 2013 menyebabkan kelas-kelas pengajian agama hanya dihadkan kepada institusi di bawah Al-Azhar sahaja dan tiada lagi kelas pengajian di Masjid. Bilangan pelajar Malaysia yang mengambil jurusan pengajian Islam melebihi 20,000 orang dalam satu masa. Bayangkan dengan jumlah kelas yang terhad, kecil dan sempit, mahasiswa malaysia perlu bersaing untuk mendapatkan ruang dan peluang pembelajaran luar kelas. Inisiatif Yayasan Maghfirah Mesir menyediakan kelas tambahan luar kampus di Bangunan Darul Maghfirah dapat membantu memudahkan mereka belajar dengan kondusif. Ayuh sama-sama rebut pahala berpanjangan dengan menyumbang untuk pembangunan Darul Maghfirah, sebuah pusat dakwah dan kebajikan untuk pelajar Melayu di Mesir.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Zakat

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial