logoYM2022_melintang.png

INFAQ PERIGI KEMBOJA 2022

Tahukah anda, di Kemboja terdapat minoriti masyarakat Muslim Cham yang tinggal di pendalaman & hidup dalam keadaan serba kekurangan. Mereka ini saudara-saudara kita tapi bayangkan perbezaan hidup kita dengan mereka sangat jauh ibarat langit & bumi. Bayangkan ada di antara penduduk di daerah ini terpaksa menunggu air hujan untuk dapatkan air yang bersih. Namun cuba bayangkan jika di musim panas yang terik, bagaimana mereka hendak dapatkan air hujan?


Adakalanya penduduk Muslim di daerah ini akan membeli air daripada tauke kedai bukan Islam dengan harga yang agak mahal. Malah yang paling menyedihkan, ada antara saudara Muslim kita yang terpaksa mengambil tadahan air lopak yang turut diminum oleh haiwan ternakan kerana terdesak.


Atas dasar keprihatinan itu, Yayasan Maghfirah melalui Projek Wakaf Umat bersama Kasih Serantau berusaha untuk membantu keluarga-keluarga di sana. Sejak tahun 2020, kami telah berjaya menghadiahkan lebih 90 perigi kepada beberapa keluarga di sana. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah penduduk di sana. Infaq perigi di Kemboja pada tahun ini berjaya dilaksanakan atas bantuan nama-nama yang tersenarai, infaq perigi ini juga memberi kemudahan kepada penduduk agar lebih mudah mendapatkan air

.

Yayasan Maghfirah & Kasih Serantau merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada keluarga & para penginfaq yang melakukan sumbangan membina perigi ini. Selepas ini mereka tidak perlu lagi mengambil air lopak yang diminum oleh haiwan ternakan untuk dijadikan sumber air minum dan melakukan aktiviti harian.


Semoga Allah SWT memberkati amal yang dilakukan ini dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Rasulullah SAW; “Ada tujuh hal yang pahalanya akan tetap mengalir bagi seorang hamba padahal dia sudah terbaring dalam kuburnya setelah ia meninggal dunia (salah satunya) orang yang menggali sumur.” (HR. Bazzar).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita Berkaitan

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial