logoYM2022_melintang.png

Imbasan MySejahtera, pelitup muka tidak lagi diwajibkan mulai Mei

PUTRAJAYA, RABU – Imbasan kod QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam mulai 1 Mei ini.

Pada sidang akhbarnya di Putrajaya itu, dia juga mengumumkan bahawa, pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di luar bangunan.Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bagaimanapun, menggesa orang ramai supaya mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak. Menurut Khairy, pemakaian pelitup muka juga digalakkan kepada individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema serta individu yang berisiko tinggi.

Namun, katanya, pemakaian pelitup muka adalah wajib apabila berada di dalam bangunan dan di dalam pengangkutan awam termasuk e-Hailing. Khairy turut mengumumkan bahawa orang dibenarkan masuk ke mana-mana premis tanpa mengira status vaksinasi mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita Berkaitan

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial