Hujan tak menentu bawa kerisauan warga lembah klang

11 November 2022 – Hari Jumaat, Yayasan Maghfirah telah melancarkan tabung kecemasan bencana pada hari ini. Kerja-kerja bantuan awal telah dilakukan bagi persediaan banjir terutamanya di kawasan Lembah Klang.

Team Yayasan Maghfirah (YM) sedang membuat tinjauan di kawasan-kawasan yang dinaiki air pada hari ini. Antara kawasan-kawasan yang berlaku banjir kilat di sekitar Lembah Klang adalah Masjid Al- Falah Kampung Budiman, Sekolah Kebangsaan Johan Setia dan Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.

Bantuan-bantuan yang diperlukan adalah Kit Pembersihan Pasca Banjir, Kit Makanan sedia dimasak, dan Kit Kebersihan Diri. Bantuan ini merupakan bantuan awal yang diperlukan segera oleh mangsa-mangsa bencana banjir.

Ayuh bersama Yayasan Maghfirah (YM) dalam membantu mangsa-mangsa bencana banjir melalui sumbangan anda. Bantuan yang anda salurkan merupakan keperluan utama bagi mangsa-mangsa bencana di seluruh Malaysia

Ayuh klik link di bawah:-

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial