logoYM2022_melintang.png

Hujan lebat berterusan di Kelantan, Terengganu mulai Jumaat

Hujan lebat berterusan di Kelantan, Terengganu mulai Jumaat

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu yang dijangka bermula Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, amaran yang berkuat kuasa hingga Sabtu itu melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.

Di Terengganu pula, kawasan yang terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

Dalam kenyataan sama, MetMalaysia turut memaklumkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan sebelum ini bagi beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak kini ditamatkan.

Di Sarawak, amaran tersebut ditamatkan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah termasuk kawasan Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat.

Di Sabah pula melibatkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.

Dalam pada itu, YM kini sentiasa dalam keadaan bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan. Bagi persediaan anda pula, anda boleh menjadi sebahagian dari ahli Skuad Kita Bantu bagi menyalurkan tenaga anda. Slain itu, anda juga boleh menyumbang untuk Tabung Kecemasan Bencana dan penajaan Maghfirah Meal untuk mangsa-mangsa bencana di Seluruh Malaysia. Semoga setiap yang dilakukan kita diberikan Pahala yang besar dan berpanjangan di sisi Allah.
Jom ikuti perkembangan  semasa YM di sosial media kami.

JOM BERSEDIA BERSAMA YM

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial