HUJAN LEBAT AKAN BERTERUSAN HINGGA 21 DISEMBER 2022

HUJAN LEBAT AKAN BERTERUSAN HINGGA 21 DISEMBER 2022

Keadaan banjir di tiga negeri membabitkan Kelantan, Terengganu dan Perak semakin bertambah buruk berikutan hujan berterusan, sekali gus mencatat pertambahan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada awal pagi tadi mengeluarkan amaran cuaca tahap bahaya dengan hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan bermula hari ini hingga Selasa. Hujan lebat berterusan peringkat buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Perak dan Pahang dalam tempoh sama.

Laman sesawang infobencanajkmv2.jkm.gov.my setakat pukul 8.42 pagi tadi menunjukkan sebanyak 2,724 keluarga ditempatkan di 82 PPS.

Sementara itu MyPuclic Infobanjir menunjukkan enam batang sungai di negeri ini sudah melepasi paras bahaya iaitu Jambatan Melor (Bachok), Sungai Lebir Kampung Tualang (Kuala Krai), Sungai Golok (Rantau Panjang), Sungai Golok (Tanah Merah), Sungai Golok (Tumpat) dan Sungai Jenob (Tanah Merah)

Di Terengganu, jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di PPS meningkat mendadak kepada 1,866 orang daripada 512 keluarga berbanding 47 orang daripada 13 keluarga pagi tadi. Keadaan cuaca dilaporkan hujan di beberapa kawasan dengan kadang kala hujan lebat sejak pagi tadi.

Semalam, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan memberi amaran mengenai beberapa kawasan di daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman yang dijangka dilanda banjir mulai hari ini berdasarkan simulasi model ramalan banjir JPS.

Di Perak, seramai 47 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Batu 4 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, setakat 2 petang tadi.

Yayasan Maghfirah kini sedang merangka strategi bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kawasan. Sebagai tanda sokongan, anda boleh membantu mengikut keupayaan sama ada dari segi tenaga dengan menyertai Skuad Kita Bantu. Anda juga boleh menyumbang untuk makanan siap masak(Maghfirah Meal), ini bagi memastikan mangsa-mangsa dapat bekalan makanan berat yang mencukupi dan secara panas. Anda juga boleh membantu dari segi kewangan untuk sebarang urusan bantuan semasa bencana.

JOM USAHA BUAT MEREKA

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial