logoYM2022_melintang.png

Hilang RM 15,000 ketika Solat Jumaat

Hilang RM 15,000 ketika Solat Jumaat

Mahasiswa Malaysia kita terpaksa berputih mata apabila rumah kediamannya di Mesir telah dimasuki perompak ketika mereka sedang solat jumaat. Jumlah kerugian mencecah RM15,000.

Kejadian itu berlaku pada 23 Januari 2023 di kawasan Syari’ Muhammad Yusuf berdekatan stesen minyak “TOTAL” dan seberang Maktabah Darus Salam Awal 7. Waktu Kejadian adalah sekitar 12.15 tengahari hingga 12.50 tengahari(Ketika Solat Jumaat).

Kejadian Pecah Masuk ini ngakibatkan kerugian melebihi RM15,000 melibatkan laptop, beberapa telefon bombit, beberapa peranti tablet(ipad), dan sejumlah duit.

Ketika kejadian itu berlaku, kesemua mangsa tiada di rumah bagi menunaikan solat jumaat. Suspek disyaki masuk melalui lubang di tingkap ardhi(Ground floor) yang telah menghubungkan ke tingkap dapur rumah mangsa.

Mangsa cuba mengesan suspek melalui “find my iphone” dan mereka mendapati suspek berpindah-pindah dan jauh dari jarak rumah mangsa. mangsa ada cuba mengejar suspek menggunakan teksi, Namun tidak menjumpai suspek. Mangsa kini telah membuat laporan polis di Balai Polis Qism Awal di Makram A’bid.

Skuad kita bantu telah menziarahi mahasiswa malaysia yang telah menjadi mangsa kecurian pecah rumah pada hari isnin yang lalu.

Wakil dari pihak Darul Maghfirah itu telah menyampaikan sumbangan berupa wanga tunai dan hadiah berbentuk Exam Kit bersempena musim peperiksaan untuk terus memberikan semangat kepada mereka.

Pihak Darul Maghfirah menasihatkan agar semua mahasiswa meningkatkan lagi langkah keselamatan sama ada diri dan rumah masing-masing

Setiap Sumbangan membina senyuman

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial