logoYM2022_melintang.png

“Healing With Quran” pupuk semangat SKB kuasai dan memahami Al-Quran

Alhamdulillah, Selesai Program “Healing with Quran” anjuran Skuad Kita Bantu Yayasan Maghfirah. Bertempat di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya. Seramai hampir 30 penyertaan oleh ahli SKM YM dalam program yang bermula 8 pagi hingga 2.30 petang ini. 

Program penuh pengisian ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif  Yayasan Maghfirah, Encik Muhammad Shuib Bin Norudin. 

Program ini bermula dengan aktiviti pendaftaran. Seterusnya, penyampaian ceramah oleh Ustazah Maryam Binti Mohd Din. Majlis diteruskan dengan lawatan ke seluruh bangunan. Dan program diakhiri dengan ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif dan jamuan tengahari.

Ini merupakan satu usaha SKB YM dalam Membangunkan Jiwa Sukarelawan yang bergerak secara rohani dan jasmani yang sihat. Pelbagai lagi program SKB yang akan dijalankan seperti webinar, seminar, hiking, aktiviti lasak, kursus kepimpinan, Kursus Kemahiran, Fiqh Banjir, Hari Keluarga SKB, Hari Sukan SKB, dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda juga, Visi Skuad Kita Bantu adalah untuk melahirkan sukarelawan yang berjiwa Daie yang unggul dalam pelbagai aspek. dan Misi pula adalah membina sukarelawan yang berkarakter muslim sejati, membina sistem sukarelawan yang holistik, konsisten, dan berkesan.

Mewujudkan model sukarelawan yang menjadi rujukan seluruh Malaysia.

Melahirkan sukarelawan yang mampu menyantuni segenap lapisan masyarakat, melahirkan sukarelawan berkaliber dan profesional. 

hadis daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:
“Al-Quran ini adakah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).” (Riwayat al-Hakim)

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial