HARI PENGISYTIHARAN MELAKA

MELAKA, 15 APRIL – Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah berlaku pada 15 April 1989. Pengisytiharan ini adalah susulan daripada keputusan ‘Konvensyen Pengiystiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah’ yang berlaku pada 15 April 1987.

Resolusi dari konvensyen itu telah bersetuju untuk menjadikan tarikh 15 April 1989 sebagai tarikh pengiystiharannya. Pengisytiharan ini dilakukan oleh Allahyarham Tun Ghaffar Baba yang pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 15 April 1989. Pentingnya kerajaan Melaka pada suatu masa dahulu bukanlah sekadar sebuah kerajaan Melayu yang terkenal dengan kemajuan pemerdagangan antarabangsanya. Tetapi, Melaka sebenarnya adalah sebuah Kerajaan Islam yang besar dan gemilang.

Pengiktirafan ini seterusnya meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara yang telah mempunyai Bandaraya Bersejarah seperti Maghribi dengan Bandaraya Bersejarah Fez, Portugal dengan Bandaraya Bersejarah Lisbon dan Itali dengan Bandaraya Bersejarah Venice.

Dalam kita seronok bergambar dan melancong di tempat-tempat bersejarah, jom sedekahkan al-Fatihah buat para pejuang yang dulunya bertarung nyawa mempertahankan Melaka demi agama, bangsa dan negara. Bersempena dengan Hari Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah.

Ayuh sematkan semangat jihad dalam diri kita!

Mac 4, 2022 / Yayasan Maghfirah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita Berkaitan

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial