GEMPA BUMI kini melanda SUKABUMI pula setelah Cianjur dan Garut.

GEMPA BUMI kini melanda SUKABUMI pula setelah Cianjur dan Garut.

SUKABUMI, 8 DISEMBER – Gempa berukuran dengan skala 5.8 skala richter berlaku pagi ini di daerah Sukabumi. Ini merupakan gempa bumi ketiga dalam masa 2 minggu terakhir susulan yang berlaku di Cianjur dan Garut. ini sekaligus telah memusnahkan ratusan rumah di sana. Walaupun pusat gempa berlaku di Jawa Barat, kesannya turut dirasai di kawasan sekitar seperti Jakarta dan sekitarnya.Banyak infrastruktur termasuk sekolah, hospital, pejabat kerajaan turut terjejas.

Punca Gempa ini masih dalam kajian lanjut, tetapi berdasarkan analisis, gempa bumi ini disyaki beberapa faktor. Ahli Geologi-Alumni Fakulti Kejuruteraan Geologi Unpad Awang Harun Satyana berkata, secara geologinya mengalami tekanan kerana terdapat bongkah-bongkah litosfera Bumi, Lautan Hindi, yang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 7cm/tahun dan menyusup/menukuk/menukuk di bawah Pulau Jawa. Pergerakan plat samudera ini walaupun perlahan-lahan telah membina tenaga tekanan di pulau Jawa sehingga menekan semua batuan. Berkemungkinan kompleks batuan yang ditekan itu akan pecah dan bergeser sehingga  menjadi tenaga gempa, kata beliau.

Dalam pada itu, Yayasan Maghfirah dalam keadaan siap siaga untuk sebarang kemungkinan untuk menyalurkan bantuan. Antara usaha yang anda boleh lakukan pula ialah menyumbang untuk Tabung Kecemasan Bencana. Anda juga boleh menjadi sebahagian dari kami dengan menyertai Skuad Kita Bantu(SKB).

Usaha anda sangat berharga buat mereka.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial