logoYM2022_melintang.png

GEMPA BUMI 5.6 SKALA RICHTER DI CIANJUR, INDONESIA

GEMPA BUMI 5.6 SKALA RICHTER DI CIANJUR, INDONESIA

Jam 1.21 petang waktu tempatan pada 22 November 2022, warga Indonesia di bahagian Jawa Barat telah dikejutkan dengan gempa bumi di daerah Cianjur, Indonesia dengan gegaran 5.6 skala richter dan ia merupakan gegaran yang memberi impak besar.

Sekurang-kurangnya 162 nyawa dilaporkan terkorban dan lebih 700 yang lain cedera akibat daripada gempa bumi tersebut. Daerah cianjur terletak lebih kurang 110 kilometer daripada Jakarta dan gempa bumi yang berlaku telah mengejutkan sejumlah besar penduduk di sana dan menyebabkan kemusnahan yang besar pada kebanyakkan infrastruktur bangunan termasuk rumah kediaman, kedai dan pasaraya besar. Hari ini juga, dilaporkan berlaku lagi gempa bumi susulan di Cianjur.

Semoga warga Cianjur tabah menghadapi ujian dan kehilangan ahli keluarga dalam bencana yang melanda rakyat di sana.

Yayasan Maghfirah turut bersama-sama untuk bantu meringankan beban mereka, kami mengambil inisiatif untuk melancarkan Tabung Gempa Bumi Cianjur bagi membantu meringankan beban saudara-saudara kita yang diuji.

Salurkan sumbangan anda melalui:
YAYASAN MAGHFIRAH
💳MAYBANK : 562263552802
Sila tuliskan reference “cianjur”

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial