logoYM2022_melintang.png

Elakkan pembakaran terbuka, Malaysia kemungkinan dilanda musim panas

Elakkan pembakaran terbuka, Malaysia kemungkinan dilanda musim panas

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka bagi mengelakkan kebakaran sewaktu perubahan fasa kedua Monsun Timur Laut (MTL), ketika ini.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, ini berikutan keadaan cuaca pada ketika ini sudah menunjukkan ciri-ciri musim panas dijangka melanda yang boleh menyebabkan cuaca kering.

Beliau berkata, setakat ini, empat stesen di tiga daerah di negeri ini mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi tujuh hari berturut-turut sehingga kelmarin.

“Stesen Meteorologi Pulau Langkawi merekodkan 15 hari tanpa hujan diikuti dua stesen di Sik iaitu Stesen Pertanian Batu Seketul dan Empangan Muda, masing-masing 13 hari tanpa hujan.

“Selain itu, Stesen Meteorologi Lapangan Terbang Alor Setar pula menunjukkan sudah 12 hari tidak hujan,” katanya ketika ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Khalil berkata, dijangkakan musim panas ini akan berterusan sehingga Mac dan apabila masuk bulan April, musim peralihan monsun pula akan menyebabkan lebih banyak hujan.

Beliau berkata, apabila kurangnya hujan, ia bermakna secara automatik suhu akan meningkat menjadi panas.

“Ia boleh menyebabkan berlakunya lebih banyak kebakaran atau jerebu, dan orang ramai dinasihatkan jangan lakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan berlaku banyak kebakaran ketika cuaca panas.

“Minum air secukupnya dan kurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan terdedah dengan cuaca panas yang boleh mengundang strok haba,” katanya.
Oleh itu, Yayasan Maghfirah terpanggil untuk sama-sama kita berada dalam keadaan siap-siaga dari segi kelengkapan, dan bantuan. YM dengan bantuan Ahli Skuad Kita Bantu(SKB) mengajak anda yang mahu menyumbang tenaga, anda boleh bersama-sama kami dalah Skuad Kita Bantu. Manakala, bagi anda yang tidak mempunyai kesempatan menyumbang secara tenaga, anda boleh menyumbang untuk Tabung Kecemasan Bencana.

JOM BERSEDIA BERSAMA YM

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial