logoYM2022_melintang.png

Demam hingga 39.4 darjah celcius Bayi 2 bulan alami e-coli meningtis

Demam hingga 39.4 darjah celcius Bayi 2 bulan alami e-coli meningtis

Ayyash disahkan dijangkiti penyakit e-coli meningtis
(jangkitan selaput otak), perlukan pemantauan doktor
sepenuh masa.

Ayyash, 2 bulan lebih telah disahkan mengalami jangkitan tersebut, setelah mengalami demam yang terlalu panas sehingga mencecah 39.4 darjah celcius.

 

Rawatan awal telah dibuat di hospital disebabkan penyakit tersebut boleh membawa maut atau menyebabkan sawan, dan masalah tumbesaran otak. Setakat ini, perkembangan kesihatan Ayyash masih lagi dibawah pemantauan doktor sebagai langkah berjaga-jaga supaya jangkitan tersebut tidak terjadi lagi.

Alhamdulillah pada 2 November, team Yayasan Maghfirah (YM) telah menziarahi dan menyantuni en. Rashid kerana anaknya yang bernama Ayyash telah dijangkiti penyakit e-coli meningtis (jangkitan selaput otak).

Di sebabkan itu, team YM telah menyalurkan bantuan kepada en. Rashid supaya sedikit sebanyak dapat meringankan beban dalam menampung kos rawatan anaknya. Mudah-mudahan, Ayyash dapat sihat dengan baik, In Shaa Allah.

Anda boleh memberikan sokongan anda melalui sumbangan kepada Kempen Iqbal Khalid Initiative.
Anda boleh klik Link di bawah sekarang.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial