logoYM2022_melintang.png

Bilal Masjid Shah Alam Juara Keseluruhan Tilawah Al-Quran braille

Bilal Masjid Shah Alam Juara Keseluruhan Tilawah Al-Quran braille

Muazin Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohamad Syafiizwan Mohd Suhaini muncul juara Majlis Tilawah Al-Quran Braille (MTQB) 2022 yang disertai 32 peserta orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan.

Syafiizwan berusia 22 tahun yang berasal dari Kapar, Selangor itu berkata, kecacatan penglihatan semenjak kecil bukan halangan membaca al-Quran.

Menurutnya, hampir setahun masa diambil untuk mempelajari dan mengenali kod Braille dalam al-Quran selain didedahkan dengan bacaan taranum seawal usia tujuh tahun.

“Waktu kecil, ayah saya, Mohd Suhaini Misbah, 60, ada beli kaset bacaan ayat al-Quran dan menyebabkan saya makin berminat. Syafiizwan juga mengakui dia sudah lama meminati untuk membaca Al-Quran. Dia telah memulakan pembelajaran Quran Braille sejak di bangku sekolah lagi iaitu ketika berumur 8 tahun di Sekolah Rendah.

“Saya pernah menyertai beberapa pertandingan tilawah atas dorongan ibu bapa dan guru,” katanya pada majlis penutup MTQB 2022 di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Perasmian penutup disempurnakan Pengarah Kanan Bahagian Dasar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr Muhammad Yamin Ismail.

MTQB 2022 dianjurkan Yayasan Maghfirah (YM) dengan kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis).
Ini merupakan usaha Yayasan Maghfirah (YM) yang komited dalam menjalankan kempen dan program yang boleh membaiki taraf kehidupan masyarakat termasuk golongan OKU, baik OKU Penglihatan, OKU Fizikal, OKU Pendengaran mahupun OKU Pembelajaran, kesemuanya YM santuni melalui empat buah teras antaranya merangkumi bantuan terapi, bantuan alatan perubatan dan banyak lagi.

Diharapkan program seperti ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat di luar sana mengenai cara-cara yang digunakan oleh golongan OKU Penglihatan untuk mempelajari dan membaca Al-Quran.” YM ingin mengajak masyarakat Malaysia supaya bersama-sama menyokong dan membantu golongan kelainan upaya agar mereka dapat hidup lebih baik di dalam masyarakat.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial