BERKAT TOLONG IBU CARI REZEKI, AISYAH TERIMA SUMBANGAN ORANG RAMAI MELALUI YM SEBANYAK RM21,295.00.

BERKAT TOLONG IBU CARI REZEKI, AISYAH TERIMA SUMBANGAN ORANG RAMAI MELALUI YM SEBANYAK RM21,295.00.

Adik Aisyah viral di media sosial sejak PKP tahun 2020, dapat sumbangan untuk sambung belajar.

Yayasan Maghfirah (YM) berbesar hati untuk menaja yuran pengajian untuk adik Puja Aisyah Fitri sebesar RM21,295.00 di Management & Science University (MSU) dalam bidang Diploma Pengurusan selama 2 tahun.

Adik Aisyah merupakan seorang insan terpilih yang menjadi perhatian netizen pada 10 Mei 2020 apabila tular video kegigihannya membantu ibunya menjual kerepek di depan premis Maybank Kota Kemuning, Shah Alam dalam saluran YouTube FS Channel.

Semangat adik Aisyah ini menyuntik jiwa orang ramai sehingga pihak FS Channel bersama YM menghadiahkan RM500 pada ketika itu dan membantu jualan kerepeknya. Tidak juga ketinggalan, sedekah duit kecil dari orang ramai membuatkan Aisyah tersenyum kembali.

@yayasanmaghfirahofficial

Lepas kuliah terus bantu ibu jual kerepek, itulah pengorbanan Aisyah. Jom bantu Aisyah & ramai lagi

♬ original sound - YM - Yayasan Maghfirah - YM - Yayasan Maghfirah

YM telah menganjurkan Majlis Penyerahan Tajaan Yuran Pengajian pada 15 Oktober lalu di Bukit Jelutong khas untuk menyampaikan bantuan tersebut kepada adik Aisyah.

 

Tajaan Yuran Pengajian ini telah disampaikan oleh Pn. Mariam Malek selaku Ketua Pegawai Operasi YM.

 

Terima kasih kepada semua para penyumbang yang telah memberikan sinar harapan kepada kehidupan Aisyah. Semoga Allah meluaskan rezeki yang halal dan mempermudahkan urusan adik Aisyah dalam melanjutkan pelajaran serta mencapai impiannya menjadi seorang usahawan berjaya kelak.

 

Untuk terus menyumbang dalam kempen Bantuan Peniaga Kecil, tuan-tuan dan puan-puan boleh salurkan pada pautan di bawah:

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial