Selangor – Yayasan Maghfirah berkesempatan hadir ke salah sebuah Hospital bagi menyampaikan bantuan peralatan perubatan kepada adik Azwar.
Difahamkan, adik Azwar berusia 6 bulan dan menghidapi penyakit jarang berlaku “rare disease” sejak lahir lagi. Dikhabarkan kelahiran pra-matang yang dihadapi oleh adik Azwar membawa kepada masalah kesihatan yang dihidapnya sekarang.
Untuk makluman, adik Azwar tidak dibenarkan pulang ke rumah sehingga segala keperluan peralatan perubatannya dicapai. Adik Azwar hanya sempat dibawa pulang ke rumah selama sebulan sahaja, selebihnya terpaksa ditahan di wad atas sebab-sebab lain.
Pihak hospital memaklumkan, adik Azwar memerlukan 3 alat utama iaitu mesin Bipap, Suction Machine dan Feeding Pump. 2 alat telah berjaya didapatkan dengan sumbangan zakat dan NGO. Namun, satu lagi alat diperlukan oleh pesakit iaitu Feeding Pump.
Melihat kepada kondisi adik Azwar, kami mempertimbangankan permohonan bapa pesakit bagi mendapatkan alat tersebut. Alhamdulillah, dengan sumbangan masyarakat, bantuan peralatan perubatan ini dapat disaluarkan. Semoga dengan bantuan ini dapat memberi manfaat kepada adik Azwar dan keringanan.