logoYM2022_melintang.png

krisis di sri lanka

Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Baling

KAJANG – Alhamdulillah sejumlah 600 pax Maghfirah Meal telah dihantar kepada team skuad kita bantu semalam. Pek makanan segera ini diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Baling, Kedah. Setakat ini jumlah sebenar mangsa belum diketahui dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pukul 7 petang ini.

Sekurang-kurangnya 20 rumah penduduk terjejas akibat banjir kilat setelah hujan lebat berterusan lebih tiga jam. Antara kawasan terlibat ialah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas yang menerima limpahan air dari sebatang sungai berhampiran. Sambutan Hari Raya Korban juga tidak dapat dilaksanakan akibat kesan kepala air.

Yayasan Maghfirah turut berdukacita dengan bencana yang menimpa saudara kita di Baling, sama-samalah mendoakan dan berinfaq kepada saudara kita agar bekalan keperluan dapat diberikan kepada mangsa banjir untuk terus hidup menghadapi bencana. 

Ayuh sedekahkan daging korban kepada meraka agar dapat merasakan suasana Hari Raya Korban walau dalam keadaan menghadapi ujian hidup. 

Hasil sedekah tuan/puan dapat membantu kita memberi lebih banyak kepada mangsa banjir!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita Berkaitan

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial