Kini Encik Ramlan boleh mengejar impian berniaga dan menyara keluarga

Kini Encik Ramlan boleh mengejar impian berniaga dan menyara keluarga

Bantuan ini berbentuk keperluan untuk seisi keluarga dan bantuan untuk memulakan perniagaan. Dana yang diberi ini merupakan sumbangan kalian melalui Yayasan Maghfirah

Bantuan Jiwa peduli & Tabung peniaga kecil 7 Nov 2022- Meru Klang :- Team Yayasan Maghfirah (YM) telah menyalurkan bantuan susulan bagi keluarga En Ramlan. Bantuan bagi keperluan keluarga dan juga bantuan perniagaan.

Team YM terpanggil untuk membantu beliau apabila melihat keyakinan dan kesungguhan En Ramlan yang ingin memulakan perniagaannya semula bagi menyara kehidupan keluarganya. Oleh itu,Team YM telah menyalurkan bantuan di bawah Jiwa Peduli antaranya adalah Susu Calborie, susu lampin dan keperluan sekolah anak & keluarga. Dalam pada masa yang sama, bantuan di bawah Tabung Peniaga kecil juga telah disalurkan dalam bentuk modal perniagaan & peralatan- peralatan perniagaan.

 Semoga En Ramlan & keluarga dipermudahkan urusan & menjalani impian perniagaannya dengan baik. Insya Allah.

Anda boleh memberikan sokongan anda melalui sumbangan kepada Kempen Jiwa Peduli dan Tabung Peniaga Kecil.
Anda boleh klik Link di bawah sekarang.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial