BANTUAN AWAL MAGHFIRAH MEAL MENJADI KEUTAMAAN YM DALAM SITUASI BENCANA BANJIR

BANTUAN AWAL MAGHFIRAH MEAL MENJADI KEUTAMAAN YM DALAM SITUASI BENCANA BANJIR

17 November 2022- Bangi – Yayasan Maghfirah (YM) telah memulakan kerja-kerja bantuan awal dengan mengagihkan sejumlah Maghfirah Meal di kawasan-kawasan Lembah Klang sehingga hari ini.

Team Yayasan Maghfirah (YM) telah melakukan agihan Maghfirah Meal sebanyak 170 pek Maghfirah Meal sejak 11 November 2022 sehingga hari ini. Kerja-kerja pembersihan juga dilakukan di beberapa kawasan ekoran air bah yang semakin susut. Namun begitu, kerisauan buat warga di Lembah Klang disebabkan taburan hujan yang tidak menentu pada masa kini.

Antara kawasan yang telah disalurkan bantuan awal ini seperti SK Sg. Binjai, Kg. Budiman, Sekitar Meru Klang, sekitar PPS Selangor dan beberapa kawasan lagi. Insya Allah pada hari ini, team YM akan bergerak ke kawasan sekitar Dengkil, Kg Bangi Lama, SK Ulu Semenyih, PPS Masjid Kg Johan Setia, & Bandar Bukit Tinggi 2.

Sentiasa waspada dan berjaga-jaga. Ambil tindakan yang sepatutnya secepat mungkin bagi mereka yang berada di kawasan `hot spot’ banjir. Moga dipermudahkan urusan mangsa-mangsa banjir.

Teruskan bersama Yayasan Maghfirah (YM) dalam membantu mangsa-mangsa banjir melalui sumbangan Pek Infak Maghfirah Meal. Bantuan yang anda salurkan merupakan keperluan utama bagi mangsa-mangsa bencana di seluruh Malaysia.

Segera Klik link di bawah :

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial