BANTU ADIK IMAN MENDENGAR SEMULA

Kesian adik Iman, hari masa kami team Yayasan Maghfirah jumpa dia, malu-malu je dengan orang mungkin dalam kepala dia fikir apalah yang kami ni duduk berbincang atau bercakap tentang dia…

Buat pengetahuan tuan/puan adik Iman ni pada asalnya dilahirkan sempurna macam orang lain tapi bila umurnya 2 tahun, dia dah tak dapat respon apa apa panggilan sebab dia dah tak dengar.

Disebabkan tak dengar itu dia tak sempat menguasai bahasa pertuturan hingga akhirnya dia jadi bisu pekak.

Sedih perasaan ibunya, beliau seorang ibu tunggal & ini satu-satunya anak yang beliau ada.

Ada terdetik di dalam hatinya untuk melakukan pembedahan implan koklea untuk anak kesayangannya tapi apakan daya dengan pendapatan sebagai peniaga nasi lemak tidak cukup untuk menampung kos rawatan implan koklea yang berharga RM 150,000

Tuan/puan mari kita sama-sama pastikan mimpi ibu adik Iman ini menjadi kenyataan dengan membantu menampung kos rawatan itu.

Kami membuka tabung khas untuk pembedahan implan koklea adik Iman. InsyaAllah dengan sumbangan tuan/puan satu hari nanti adik Iman boleh mendengar dan bercakap lagi seperti orang lain.

Semoga Allah SWT yang mampu membalasnya.

Jan 5, 2022 / Yayasan Maghfirah

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial