logoYM2022_melintang.png

TABUNG KECEMASAN BENCANA BANJIR KEMAMAN, TERENGGANU KINI DIBUKA

Bencana banjir telah menimpa negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.Air melebihi paras pinggang membahayakan penduduk dan sebanyak 159 Pusat Pemindahan Sementara telah dibuka untuk mangsa-mangsa banjir, di Terengganu sahaja. 14,002 mangsa banjir telah dicatatkan di Terengganu pada tengah hari Isnin (28/2/2022). Manakala di Kelantan, sebanyak 47 PPS pula menempatkan 7,625 mangsa pada hari Selasa (1/3/2022).

Sumber : Sinar Harian

Kemaman antara bandar paling teruk terjejas dan terdapat beberapa kawasan di Kampung Air Putih dan Kampung Teladas tenggelam sehingga mencapai paras bumbung rumah! Berikutan bencana ini, Tim Yayasan Maghfirah bersama Skuad KitaBantu akan turun menghulurkan bantuan di Kemaman, bermula 1 Mac 2022 hingga 3 Mac 2022, bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir kali ini. Mari kita ringankan beban mereka yang ditimpa musibah banjir ini.

Ujian mereka adalah kehilangan harta benda dan tempat tinggal, ujian kita pula, sanggupkah kita melihat saudara kita di pantai timur terkapai-kapai tanpa dibantu?

Ayuh hulurkan sumbangan anda segera.

Mac 1, 2022 / Yayasan Maghfirah

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial