logoYM2022_melintang.png

Angka korban Gempa bumi Turkiye, Syria kini lebih 21,000

Jumlah kematian akibat gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria kini disahkan sekurang-kurangnya 21,051, menurut kenyataan pihak berkuasa kedua-dua negara. Di Turkiye, angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 17,674 dengan 72,879 yang lain dilaporkan cedera pada Khamis, menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye. Jumlah kematian di Syria pula meningkat kepada sekurang-kurangnya 3,377 orang.
 
Ia termasuk 2,030 mangsa di kawasan yang dikuasai pemberontak di wilayah barat laut, dan 1,347 kematian di bahagian yang dikawal kerajaan di Syria, menurut kumpulan pertahanan awam White Helmets dan media kerajaan Syria.
 
Jumlah mangsa yang cedera di Syria merentasi semua wilayah yang terjejas meningkat kepada 5,245, dengan 2,295 dalam kawalan kerajaan serta 2,950 di kawasan yang dikuasai pemberontak.
Sekurang-kurangnya 78,124 orang cedera di Syria dan Turki, menurut angka daripada kerajaan Turkiye, White Helmets dan media kerajaan Syria.
 
Menurut Syria Civil Defense, mereka telah berusaha tanpa henti selama lebih 90 jam dalam keadaan yang sangat sukar. Organisasi sukarelawan yang lebih dikenali sebagai White Helmets itu berkata mereka akan meneruskan operasi menyelamat di kawasan terjejas di utara Syria yang dikawal pembangkang hingga Jumaat.
 
Untuk pengetahuan anda, YM kini telah membuka Tabung Kecemasan Bencana untuk Turkiye, Syria. Bantuan ini akan kami sampaikan mengikut rakan kerjasama kami di sana. Ujian mereka kini diuji dengan gempa bumi dan kehilangan nyawa, ujian kita disini pula adalah bagaimana kita melihat orang lain ditimpa musibah. Jom bersama kami.

JOM USAHA SEMAMPU KITA

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial