logoYM2022_melintang.png

YM mahu lahirkan lebih ramai anak-anak mahu belajar Al-Quran

Alhamdulillah pada 07 Januari 2023 (Sabtu) yang lepas kelas SAQ PUSKOM telah berjaya menjalankan kelas pertamanya yang bertempat di Pusat Komuniti Yayasan Maghfirah (PUSKOM YM) di Kajang, Selangor. Seramai 23 orang pelajar yang telah mendaftar hadir untuk kelas pertama ini.

Kelas ini dibuka bagi memberikan peluang kepada anak-anak daripada golongan B40 mendapatkan pendidikan Al-Quran sebaiknya demi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan Al-Quran kerana pendidikan Al-Quran seawal usia kanak-kanak sangat penting bagi membentuk sahsiah yang terpuji dalam diri kanak-kanak dan mendidik mereka menjadikan Al-Quran sebagai sahabat dan teman setia di dalam kehidupan mereka tidak kira di mana mereka berada.

Untuk pengetahuan anda, kelas ini merupakan hasil sumbangan anda dalam kempen Kelas Sahabat Al-Quran. Kelas ini diakan secara percuma untuk pelajar berusia 6 tahun hingga 13 tahun. InshaAllah diperancangan yang akan datang, YM juga mahu membuka kelas SAQ percuma untuk golongan di atas usia 13 tahun.

Bagi Anda yang mahu menyokong dan menyumbang dalam kempen Kelas Sahabat Al-Quran. Anda boleh terus klik button di bawah.

Assalamualaikum,
Selamat Datang!

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial