logoYM2022_melintang.png

“Alhamdulillah Dapatlah Kami Beli Lauk untuk Bulan Ini Ustaz”

Tim YM telah melakukan serahan bantuan kewangan kepada En Aziz bin Abdullah sekeluarga yang tinggal di Batu 9, Cheras.

Sebelum ini, En Aziz telah accident pada 10 April dan telahpun kehilangan pendapatan kerana terpaksa mengambil cuti mc akibat daripada kemalangan sehingga kini.

Akibat kemalangan tempohari tulang bahu saya patah dan ligamen bahu koyak. Pembedahan telah dilakukan pada 13 Mei lalu dengan pemasangan klip pada tulang dan stabilizer pada bahagian ligamen. Kini walaupun keadaan tangan kanan saya semakin pulih namun pergerakan tangan kanan saya masih terbatas dan terasa sakit tidak seperti sebelumnya.

Puan Zaiton iaitu isteri beliau merupakan seorang suri rumah sepenuhnya dan sekadar menjual kuih seperti tart nenas yang dimasak dan dibuat sendiri di rumah bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga disamping membiayai kos pembelajaran 4 orang anak.

Menurut isterinya, beliau sangat bersyukur dengan bantuan yang disalurkan ini kerana ianya sedikit sebanyak telah meringankan beban mereka dalam memberikan wang perbelanjaan untuk anak bersekolah disamping membeli lauk untuk di masak.

Bersama Dalam Kempen Jiwa 

Ikuti Telegram Yayasan Maghfirah untuk info yang bermanfaat klik: https://t.me/yayasanmaghfirah

#JiwaPeduli
#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda
#YM

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial