Air dah lama surut tapi masalah kerugian masih berlenggu

7 Jan 2022 – Taman Seri Nanding, Hulu Langat. Siapa sangka monsun Timur Laut yang dialami pada tahun ini mengganas dengan dahsyat dan mengakibatkan banyak negeri di negara kita dilanda bah.

Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Pahang, Kedah dan Johor antara negeri yang terjejas. Hulu Langat, Klang dan Shah Alam antara yang terjejas teruk dan antara pertama kali dilanda banjir setelah 25 tahun penduduk disana tidak mengalaminya.

Begitu juga penduduk di negeri Pahang yang mengalami banjir buat kali kedua dalam tahun yang sama. Banyak peralatan baru dibeli musnah dan hanyut dalam banjir berlumpur. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Pasukan Yayasan Maghfirah bertindak pantas meringankan beban penderitaan mangsa-mangsa banjir dengan menghantar bantuan-bantuan awal seperti pek makanan siap masak (Maghfirah Meal), kit kebersihan seperti berus gigi dan sabun mandi serta kelengkapan tidur.

Bantuan ini disusuli dengan bantuan pembersihan rumah pasca banjir. Skuad Kita Bantu kendalian Yayasan Maghfirah telah berjaya mengumpulkan seramai 200 orang sukarelawan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan antaranya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Taman Meru Klang dan Seksyen 24, Shah Alam, Chenor di Pahang dan beberapa lokasi lain seperti sekolah dan masjid yang terjejas.

Pelbagai kisah sedih yang dialami oleh mangsa banjir antaranya ada yang baru melahirkan cahaya mata, namun semua kelengkapan bayi dihanyutkan oleh air. Terdapat juga mereka yang kehilangan ahli keluarga yang tersayang akibat dihanyutkan arus yang deras.

Justeru itu, Yayasan Maghfirah tidak berhenti setakat bantuan pembersihan sahaja. Bantuan seterusnya adalah membekalkan kelengkapan untuk mangsa banjir memulakan kehidupan yang baru. Barangan elektronik seperti periuk nasi, pengisar dan seterika turut diberikan agar dapat mengganti semula barangan elektronik mereka yang rosak akibat banjir.

Yayasan Maghfirah juga turut mengagihkan bantuan seperti kelengkapan solat, kit emosi untuk kanak-kanak, kit kebersihan, laci plastik, bantuan kewangan sebanyak RM 200 dan bantuan-bantuan lain. Sumbangan-sumbangan ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan dokongan masyarakat Malaysia yang begitu prihatin.

Ada penyumbang yang memberikan sumbangan hasil jualan buku beliau. Ada juga sukarelawan Skuad Kita Bantu yang mengambil cuti tanpa gaji semata-mata untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini. Bermula daripada membungkus barangan bantuan sehinggalah turun agihan semuanya dilaksanakan dengan begitu bersemangat. Apa yang penting ialah senyuman mereka.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial