AGIHAN SUMBANGAN IFTAR RAMADAN KEPADA PENGHUNI ASRAMA DARUL MAGHFIRAH
MESIR, RABU – Misi agihan sumbangan iftar Ramadan kepada semua penghuni asrama Darul Maghfirah ini dijalankan pada 13 April bersamaan 11 Ramadan telah selamat dijayakan dengan atas izin-Nya.
Meskipun cuaca mendung dan gerimis pada petang itu, semangat dakwah Tim Yayasan Maghfirah untuk meneruskan misi tersebut tak pernah luntur walau sedikit. Tambahan pula, di bulan Ramadan inilah peluang terbesar untuk kita menambah amalan soleh.
Aktiviti ini sepertinya dapat memberikan senyuman manis pada para penghuni asrama Darul Maghfirah tanda kesyukuran dan kebahagiaan terselah atas pemberian tersebut. Semoga dengan sumbangan ini menjadi satu asbab untuk kita semua ke syurga.
Allah SWT sangat menggalakkan setiap hamba untuk menginfaqkan harta ke jalan-Nya, dan Dia juga memberi jaminan ganjaran yang berganda buat mereka. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 245:
﴿مَّن ذَا ٱلَّذِي يُقۡرِضُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنٗا فَيُضَٰعِفَهُۥ لَهُۥٓ أَضۡعَافٗا كَثِيرَةٗۚ وَٱللَّهُ يَقۡبِضُ وَيَبۡصُۜطُ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ ٢٤٥﴾ [البقرة:245]
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan”
Ayuh jadi pendokong Yayasan Maghfirah dengan menyalurkan sumbangan di bulan Ramadan ini. Semoga lebih ramai golongan yang memerlukan dapat disantuni. Selamat beramal semua!