AGIHAN PEK MAKANAN SIAP MASAK SEMPENA BULAN RAMADAN 2022

SELANGOR, SELASA – 19/4/2022 bersamaan Ramadan ke-17 Tim Yayasan Maghfirah bersama Skuad Kita Bantu telah membahagikan dua kumpulan untuk pergi ke ppr Kampung Limau dan ppr Sri Cempaka  untuk membuat agihan sebanyak 600 pek makanan yang telah siap masak kepada keluarga asnaf di sini.

Bertapa bahagianya keleuarga asnaf yang menerima pek makanan melihat Tim Yayasan Maghfirah dan Skuad Kita Bantu hadir bagi mengagihkan pek makanan yang sudah siap dimasak. Mereka tidak perlu risau akan juadah berbuka pada hari tersebut.

Terima kasih yang tidak ternilai kepada semua yang terlibat dan sentiasa mendoakan usaha kami. Semoga dengan sumbangan dan bantuan kecil ini mampu menceriakan mereka yang kurang bernasib baik.

Bulan suci Ramadan yang berbaki 13 hari sahaja lagi, masih sempat untuk kita terus beramal soleh kerana setiap kebaikan yang dibuat pada bulan Ramadan ini akan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah SWT dan dihapuskan dosa-dosanya.

 Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmizi)

Ayuh infakkan harta dunia kepada mereka agar kita dinaikkan darjat oleh-Nya di bulan yang mulia!

Mac 4, 2022 / Yayasan Maghfirah

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Berita Berkaitan

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial