logoYM2022_melintang.png

AGIHAN DUIT RAYA SAQ Braille

KUALA LUMPUR, RABU – Alhamdulillah, pada hari Rabu bersamaan 20/02/2022 pihak Yayasan Maghfirah telah menjalankan agihan duit raya kepada pelajar-pelajar SAQ Braille cawangan Kuala Lumpur di bawah Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

 

Seramai 106 orang pelajar menerima duit raya sebanyak RM50 setiap pelajar. Terima kasih kepada para penyumbang. Kerana sumbangan anda, terukir senyuman di wajah mereka. Teruskan merebut dan mengejar pahala sempena bulan Ramadan dengan memperbanyakkan sedekah. Moga Allah berkati rezeki yang diberi.

 

Berbaki 12 hari sahaja lagi menyambut syawal dan meninggalkan ramadan.  Sesungguhnya terlalu banyak kelebihan bersedekah yang boleh dijadikan dorongan untuk memberi lagi dan lagi. Malah dalam hadis ini, ada disebut infaq harta sebanyak dua kali di jalan Allah, akan diseru namanya untuk ke pintu syurga khas ini.

 

“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.” 

Riwayat Al-Bukhari – 1897 dan Muslim – 1705

Tunjukkan kemuliaan hati anda di bulan yang mulia ini. Mari bersedekah !

Mac 4, 2022 / Yayasan Maghfirah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita Berkaitan

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial