Adik Amsyar perlu dibedah segera!

Adik Amsyar perlu dibedah segera!

Adik Amsyar telah disahkan mengalami ketidakupayaan pendengaran tahap sangat teruk(profound hearing loss). Pembedahan ini sangat penting terutama melibatkan pembelajaran adik Amsyar.

Muhammad Amsyar Durrani Bin Muhammad Amirul Fatin yang berusia 4 tahun dan juga pemegang kad OKU dikesan mengalami masalah pendengaran tahap paling teruk (Profound Hearing Loss) pada kedua-dua telinga beliau. Derita Adik Amsyar tak mampu mendengar sejak lahir, dia juga tidak mampu memberi interaksi apabila ibu bapanya membuat sebarang interaksi bunyi.

Walaupun telah menggunakan hearing aid, namun alat tersebut tidaklah membantu untuk adik Amsyar mendengar. Pakar menyarankan pembedahan implant koklea dilakukan secepat mungkin supaya adik Amsyar dapat belajar secara normal seperti anak-anak lain seusianya.

Oleh itu, YM kini dalam usaha melancarkan Tabung Pembedahan Implant Koklea Adik Amsyar. Jumlah sasaran yang perlu dikumpul sejumlah RM140,000. Tarikh pembedahan diharapkan mampu dilakukan bulan 2 tahun ini. Ayuh bersama kita membantu Adik Amsyar mendengar buat kali pertamanya. 
Klik Button di bawah bagi menyumbang dalam Tabung Iqbal Khalid Initiative.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial