logoYM2022_melintang.png

Adik 7 Tahun disahkan menghidapi kanser Leukemia

Rabiatul adawiyah, 7 tahun telah disahkan menghidapi kanser leukemia pada awal tahun 2023 bulan 3 yang lalu. Dari segi pemakanan, Rabiatul hanya boleh makan makanan yang dimasak sahaja, tidak boleh makan lebihan makanan orang lain dan tidak boleh makan makanan yang dipanaskan semula.

Selain itu, Rabiatul juga tidak boleh minum minuman kultur. Rabiatul perlu menjaga makan dan minumnya kerana makanan dan minuman seperti itu boleh menyebabkan dirinya senang demam dan terkena penyakit.

Hasil ziarah YM pada 18 jun 2023 bersamaan hari Ahad, kami dapati juga bahawa Rabiatul terpaksa mengambil ubat sebanyak 3 atau 6 biji bergantung kepada keadaan kesihatan dirinya.

Disebabkan seawal usia kanak-kanak telah mengambil ubat, Rabiatul telah menjalani rawatan “kidney scan” untuk diperiksa keadaan buah pinggangnya. Untuk itu YM telah menyalurkan sumbangan bagi menampung perbelajaan kos rawatan tersebut.

Siapa sangka, seorang kanak-kanak yang beperwatakan ceria, banyak bercakap, senang berkawan ini sedang menghadapi ujian kesihatan seawal usia 7 tahun. Kesedihan kadang tidak dapat terungkap dengan kata.

Oleh itu, marilah kita bersama mendoakan agar Rabiatul terus kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan hariannya serta semoga Allah murahkan rezeki untuk keluarga kecil ini. Setiap kesusahan pasti terdapat kesenangan.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial