Sabtu, 13 Disember 2025 – Yayasan Maghfirah (YM) berbesar hati hadir ke Majlis Sambutan Jubli Mutiara 30 Tahun Program Implan Koklea Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berlangsung pada Sabtu lepas.
Program ini diraikan bagi menghargai 30 tahun pencapaian Program Implan Koklea UKM yang telah memberi harapan dan kualiti hidup baharu kepada pesakit kehilangan pendengaran di Malaysia. YM turut menerima penghargaan daripada pihak Program Implan Koklea Universiti Kebangsaan Malaysia kerana menjadi antara penaja utama dalam beberapa siri rawatan implan koklea di HUKM.
Kehadiran Pn. Mariam Malek selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) Yayasan Maghfirah adalah sebagai tanda sokongan berterusan terhadap usaha pemerkasaan komuniti OKU pendengaran, di samping menghargai sumbangan pakar perubatan, keluarga dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini sejak tiga dekad lalu.
Semoga usaha murni ini terus diperkasa dan memberi kesedaran berpanjangan kepada masyarakat agar melihat rawatan implan koklea sebagai satu alternatif lain untuk anak-anak yang tidak dapat mendengar. Rawatan implan koklea mampu menjamin masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak ini.
#YayasanMaghfirah #JubliMutiara30Tahun
#OKUPendengaran

