Dua Anugerah Sekaligus

8 Okt & 9 Okt 2024 – Yayasan Maghfirah telah menyertai Kongres Program Social Synergy 2024 anjuran PERKESO yang berlangsung selama dua hari di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah Yayasan Maghfirah telah terpilih menerima Anugerah Emas Projek Terbaik dan Anugerah Reruai Terbaik dalam kalangan 20 lebih pembentang dan pempamer yang turuu sertai program kongres ini.

Puan Mariam mewakili YM membentangkan projek Kelas Sahabat Al-Quran (SAQ) untuk mengetengahkan projek yang dilaksanakan oleh YM. Dalam masa yang sama YM juga turut membuka booth pameran untuk para pengunjung yang hadir. 

Booth YM mempamerkan modul-modul yang dilaksanakan di dalam kelas SAQ seperti sirah, palestin dan lain-lain. Pengunjung di booth juga berpeluang menang cenderahati YM dengan menjawab kuiz.

Semoga dengan anugerah ini dapat meningkatkan semangat dan komitmen Yayasan Maghfirah untuk lebih menyumbang kepada komuniti.

Wadah Dakwah Anda, Yayasan Maghfirah

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *