YM terima penghargaan NADMA

9 Mei 2024 – Alhamdulillah, YM telah diundang ke Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTCKL) semalam. 

Majlis ini telah mengumpulkan institusi-institusi barisan hadapan seperti  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Agensi Teknikal / Agensi Responder, Rakan Media, Rakan NADMA (NGO), Syarikat Telekomunikasi dan badan pertubuhan berkaitan. 

Majlis ini diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada institusi barisan hadapan yang terlibat dalam pengurusan bencana semasa monsun timur laut pada tahun 2023/2024. 

YM mengucapkan jutaan terima kasih di atas penghargaan yang diberikan. 

YM berharap, dengan sokongan orang ramai, kami dapat memberi lebih lagi bantuan bagi golongan yang memerlukan terutamanya ketika berlakunya bencana banjir.

#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda 
#YM

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *