Kuala Lumpur – Pada 5 hingga 8 Disember 2024, satu program diberi nama Majlis Tilawah Quran Braille (MTQB) yang dianjurkan oleh PERTIS dengan kerjasama Yayasan Maghfirah (YM) telah berlangsung di IDEAS Hotel, Kuala Lumpur.
Majlis pembukaan turut dihadiri oleh CEO Yayasan Maghfirah, Tuan Shuib Norudin. Program dibuka dengan pertandingan “Musabaqah Tilawah Al-Quran Braille Kategori Taranum” bagi golongan OKU Penglihatan ini.
Pada hari ke-2 pula, terdapat pertandingan pertandingan hafazan bagi ahli-ahli PERTIS. Juri-juri akan menguji peserta dalam kebolehan untuk menyambung ayat Al-quran, hukum tajwid dan bacaan. Pada hari sama juga, pertandingan muratal diadakan.
Hari ke-3 pula dibuka dengan pertandingan taranum sesi yang ke-2 dan pertandingan muratal sesi yang ke-2. Terdapat juga pertandingan Musabaqah Hafazan Al-Quran Kategori Saudara Baru yang disertai oleh golongan mualaf dalam ahli PERTIS.
Pada hari terakhir MTQB, satu forum bertajuk “Indahnya Hidup dengan Al-Quran”. Forum dipengerusikan oleh Ahmad Danial. Turut hadir En Faizal Binti Yusuf, YDP PERTIS serta Ustaz Bukhari sebagai Panel forum ini.
Majlis penutup dihadiri oleh Tuan Muhammad Razak bin Idris, Wakil daripada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Tuan Haji Fakrur Radzi bin Mohd Omar, Timbalan Pengerusi Ahli Pemegang Amanah Yayasan Maghfirah.
Semasa majlis penutup, penyampaian hadiah diserahkan oleh Tuan Muhammad Razak bin Idris, Wakil daripada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiringi En Faizal Binti Yusuf, YDP PERTIS serta Tuan Haji Fakrur Radzi bin Mohd Omar, Timbalan Pengerusi Ahli Pemegang Amanah Yayasan Maghfirah.
Jutaan syabas dan tahniah diucapkan kepada semua para pemenang. Tidak lupa para qori dan qoriah yang telah memenangi kategori masing-masing yang dipertandingkan.
Sebelum Majlis berakhir, para pengunjung turut diperdengarkan alunan bacaan Al-Quran daripada Muhammad Fikri bin Mohd Fahmi, Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Braille kategori Taranum.