Selangor – Pada 26 November 2024, team Yayasan Maghfirah berkesempatan berjumpa dengan seorang penerima manfaat iaitu adik Saqeef di Bandar Baru Bangi.
Bantuan yang disalurkan kepada adik Saqeef pada hari ini adalah sebuah kerusi roda. Kami difahamkan, beliau mempunyai masalah kesihatan “Cerebral Palsy” (lumpuh separuh badan bermula dari pinggang sehingga kaki).
Semoga dengan bantuan kerusi roda ini dapat membantu kehidupan seharian buat adik Saqeef. Terima kasih kepada para penyumbang semua yang terus meyokong usaha kami dalam menyampaikan bantuan.