Melaka – Melaka, dinamakan sebagai negeri bersejarah, tidak asing lagi tentang sejarah Melaka kerana ia adalah negeri yang disebut-sebut dalam buku teks sejarah Malaysia yang bermula dari kesultanan melayu Melaka. Sama ada dari segi pemerdagangan, pentadbiran, mahupun tokoh seperti Hang Tuah.
Pada 18 sehingga 20 September 2024, YM telah mengadakan program Jelajah Melaka yang dianjurkan di bawah Pusat Komuniti (PUSKOM) YM. Program ini bukanlah semata-mata untuk berjalan-jalan tetapi mengajar adik-adik yang menyertai program ini cara untuk menggunakan TikTok untuk berdakwah.